Minggu, 13 April 2008

Format NTFS USB/Flash Drive menggunakan Windows XP

Cara menggunakan Windows XP untuk format USB/Flash/Thumb/Pen Drive anda ke NTFS. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah berikut:

  1. Cucukkan pendrive tersebut ke PC anda.
  2. Klik kanan My Computer, pilih Manage.
    mycomputer.jpg

  3. Klik pada Device Manager. Pada bahagian kanan, pilih Disk Drive, dan Highlight Pendrive anda. Contohnya macam dalam gambarajah, MP3 SONY yang best itu telah saya tandakan. Hehe..
    mycomputer2.JPG

  4. Klik kanan, dan Pilih Properties.
  5. Kemudian, pada tab Policies, tandakan Optimize for Performance.
    mycomputer3.jpg

  6. Ok. Close semua.
  7. Buka My Computer anda. Klik kanan pada Pendrive, pilih “Format..”
  8. Pilih NTFS. Tekan Format.
    mycomputer4.jpg

Tidak ada komentar: